Rabu, September 25, 2013

ujian kembali...

lama aku menyepi dari dunia blog... ye,3 bulan berlalu.. dan 3 bulan juga usia aku di SABAH.. alhamdulillah,walaupun jauh dari keluarga tp inilah rezeki yg ALLAH telah tetapkan.. belajar menerima takdir kerana ini qada dan qadar NYA untuk diri aku.. syukur semakin belajar sesuaikan diri. org di sini pon ok.

cuma, sepanjang 3 bulan ni apa yg terjadi pada aku sblm posting msih belum selesai. bnyk.. hanya DIA yg tahu setiap langkahku.. hanya DIA yg mendengar setiap rintihku.. hanya DIA yg melihat setiap air mataku.. hanya DIA yg faham betapa peritnya ujian ini.. tp aku percaya DIA xkn menurunkan ujian ke atas hambaNYA melebihi dari kesanggupan hamba tersebut..

Ya ALLAH, hanya kebenaran dari MU yg ku harapkan utk KAU tunjuki pada mereka kebenaran-kebenaran tersebut.jadikan aku insan yg kuat bagi menghadapinya.aamiin..


Jumaat, Jun 21, 2013

~ akhlak ~

ada apa dgn akhlak?
penting ke akhlak yang baik dlm hidup?
YE!
AKHLAK ITU PENTING.
AKHLAK ITU PERLU.
kenapa?
kerana akhlak itu mencerminkan siapa diri kita.
apa yg kita ungkapkan wlupun sepatah, apa jua tingkah kita, dan pakaian apa yg dipakai kita, semuanya menunjukkan nilai akhlak yg ada dlm diri kita..

doa saya hari ini buat semua,semoga kita bergerak menuju ke arah memiliki akhlak yg mulia dan disenangi ramai.aamiin..

kita manusia biasa, pasti ada kekurangan tp belajarlah mengatasi kelemahan itu.buat ibu bapa, berilah contoh yg baik pada anak2. didikan xkn sempurna tanpa contoh yg baik. ibu bapa adalah model terbaik anak2.

JOM BERUBAH KE JALAN ALLAH.. :)



Rabu, Mei 29, 2013

Pencari kasihNYA

kasihMU memberi ketenangan,

sujud padaMU memberi seribu kenikmatan,

namun dalam ketenangan itu aku masih alpa dan lalai mengingati MU,

jahilnya aku sedang dalam hidup penuh rahmat yang KAU tetap berikan,

apakah aku masih boleh impikan syurgaMU???

layakkah aku YA RABB???

hulurkan taliMU agar aku terus kekal berpaut,

hulurkan cintaMU agar cahayanya mampu menyuluh jalan hidupku,

sesungguhnya kerana aku pencari kasihMU YA ALLAH..



































Ahad, April 14, 2013

muhasabah diri

~Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

~ Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

~ Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

~ Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

~ Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

~ Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

~ Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

~ Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

~ Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

~ Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

~ Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Alhamdulillah..Hidup ini sungguh Indah kerana-Nya.(
◕‿◕).

Khamis, April 11, 2013

arwah..al-fatihah

entry sblm nih ada ila sebut sal tokwan yg sedang sakit. pe yg kami harap agar tokwan cpt sembuh dan keluar hospital..tp ALLAH lebih syngkan tokwan. arwah pergi selamanya tnggalkan kami di dunia ini..

masih terbayang kenangan bersama arwah. ila msa kecik2 dlu manja. slalu nk didukung, nk dibelikan mainan n pakaian.. bila musim buah , snggup bgn awl2 nk tnggu dpn tngga rumah tokwan cz tnggu cina tokey buah dtng beli buah2 durian tokwan. lepas 2 si cucu nih dpt la rm1 dari tokey buah 2. lau tokey buah x bagi, tokwan akan bagi..

tokwan tegas tp sngt penyayang. bila balik kmpng n mkn bersama, mula la tokwan akan cedokkan mcm2 lauk masuk kat dlm pinggan sape yg duduk kat sebelah dia. semua arwah suruh makan..

semua 2 dah tnggal kenangan.. arwah dah seminggu tnggalkan kami semua..
doaku, semoga arwah tokwan HAJI YAAKOB BIN LEBAI ALI akan tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. 
aamiin..




Khamis, April 04, 2013

~sakit~

dpt pnggilan tel smlm...TOKWAN sakit dan dibawa ke hospital...

>>bertahanlah tokwan..semoga cepat sembuh... :(