Ahad, April 14, 2013

muhasabah diri

~Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

~ Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

~ Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

~ Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

~ Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

~ Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

~ Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

~ Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

~ Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

~ Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

~ Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Alhamdulillah..Hidup ini sungguh Indah kerana-Nya.(
◕‿◕).

Khamis, April 11, 2013

arwah..al-fatihah

entry sblm nih ada ila sebut sal tokwan yg sedang sakit. pe yg kami harap agar tokwan cpt sembuh dan keluar hospital..tp ALLAH lebih syngkan tokwan. arwah pergi selamanya tnggalkan kami di dunia ini..

masih terbayang kenangan bersama arwah. ila msa kecik2 dlu manja. slalu nk didukung, nk dibelikan mainan n pakaian.. bila musim buah , snggup bgn awl2 nk tnggu dpn tngga rumah tokwan cz tnggu cina tokey buah dtng beli buah2 durian tokwan. lepas 2 si cucu nih dpt la rm1 dari tokey buah 2. lau tokey buah x bagi, tokwan akan bagi..

tokwan tegas tp sngt penyayang. bila balik kmpng n mkn bersama, mula la tokwan akan cedokkan mcm2 lauk masuk kat dlm pinggan sape yg duduk kat sebelah dia. semua arwah suruh makan..

semua 2 dah tnggal kenangan.. arwah dah seminggu tnggalkan kami semua..
doaku, semoga arwah tokwan HAJI YAAKOB BIN LEBAI ALI akan tenang di sana dan ditempatkan dikalangan orang-orang yg beriman. 
aamiin..




Khamis, April 04, 2013

~sakit~

dpt pnggilan tel smlm...TOKWAN sakit dan dibawa ke hospital...

>>bertahanlah tokwan..semoga cepat sembuh... :(

Selasa, April 02, 2013

syukur :)

assalamualaikum..

perkara pertama bila bgn tidur apa yg kita lakukan???
ucapkan rasa SYUKUR kita pada ALLAH kerana dipnjng usia, diberi nafas 
dan kehidupan pada hari ini...

SYUKUR juga cz anak ibu ADRIANA AMANI dah keluar hospital 
seminggu yg lepas. alhamdulillah..

SYUKUR lagi cz dapat tawaran menjadi RA (research assistant) di UUM dan yg 
paling best hanya perlu berkerja dari rumah.
anak pon boleh tgk dpn mata. alhamdulillah..

SYUKUR tak terhingga juga bila si dia mendapat tawaran kerja dan rezeki baru. alhamdulillah...

kadang-kala hati ini terlalu jahil untuk mengucap SYUKUR di atas segala nikmat dan rahmat yg ALLAH turunkan.. disebalik segala duka perjalanan hidup kita, pasti ada nikmat yg ALLAH selitkan agar kita merasai kemanisan jua.. terus berdoa dan ucapkanlah rasa SYUKUR kita pada ALLAH wlupun hanya dlm keadaan duka atau suka.. percayalah ALLAH akan sentiasa bersama hambaNYA.