Rabu, Februari 20, 2013

~kuatkan aku ke hijrah di jalan MU~

Wahai hawa ..
Sebelum kakimu melangkah KELUAR RUMAH..

BERHENTI seketika dan pandang pada CERMIN serta lihatlah keseluruh tubuhmu yang memikat..

Andainya RAMBUT mu tidak ditutup cantik berikat, TUDUNG mu pula terlalu singkat, baju mu jarang dan ketat, seluar mu begitu sendat, betis dan lengan mu dpt di lihat ..

FIKIR SEJENAK ..

Bagaimana jika dirimu di langgar nanti, terdampar di tepi jalan yang tidak pernah sunyi. Disaksikan mata-mata yang memerhati, malaikat izrail menjalankan tugas yang di beri memisah ROH daripada JASAD, 


MATI ??

Belum sempat dirimu bertaubat pada Ilahi, pastinya dosamu tidak diampuni.. Merana dan tersiksalah dirimu ini.. Di dalam neraka yang kekal ABADI,kerana ingkar pada Allah yang Rabbi. Mampukah dirimu menahan diri? Di PUKUL,di SIKSA tanpa HENTI kerana salahmu sendiri ..

Hawa,
ingatlah Allah maha pengampun,
andai sebelum ini dirimu tidak tertutup sempurna, mulakan lah SEKARANG sebelum terlambat ..

Assalamualaikum adam dan hawa, sebelum keluar rumah niat dalam diri semua yang kita lalukan KERANA ALLAH, semoga apa yang kita lakukan mendapat redhaNya. :')


(MUHASABAH DIRI)

Ahad, Februari 10, 2013

JIKA....

  Jika kau merasa kecewa, pandanglah ke sungai, airnya mengalir biarpun berjuta batu menghalangi.



 Jika kau merasa sedih, pandanglah wajahmu di depan cermin, kau akan sedar bahawa begitu banyak nikmat yang Allah berikan untukmu.


 
SYUKUR ALLAH

Jumaat, Februari 08, 2013

semuanya adalah milik DIA..

اِنّا لِلّهِ وَاِنّا اِلَيْهِ رَجِعُوْنَ

“Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “.

Firman Allah:

Ertinya : “ Orang-orang yang sabar itu apabila mereka ditimpa musibah mereka akan berkata : Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “ ~ Surah al-Baqarah , ayat 155
jadilah orang yg redha apabila kita ditimpa musibah..yakinlah bahawa Allah sentiasa bersama orang-orang yang benar.bertawakal pada NYA yang Maha Berkuasa
 
 

Khamis, Februari 07, 2013

Perancangan Mu...

ranjau itu terlalu sukar untuk dijalani,
duri itu terlalu payah untuk diusir,
aku melangkah..selangkah..demi selangkah,
sukar..payah..silih berganti....

pada mu Ya Rabb...
aku pohon keampunan,
aku pohon kekuatan,
aku pohon pertolongan.

didiklah hatiku untuk bersyukur menerima ketentuanMu,
Qada dan Qadar Mu perancang terbaik kehidupan insani....

~ suara hati ~

Rintis Seorang Hamba...

kala pekat malam,
terasa kosong jiwa seorang hamba,
titis-titis wuduk mula membasahi,
tikar sembahyang dibentang ke kiblat yang satu,
niat disusun, takbir diangkat,
dahi bertemu sejadah disujud yang syahdu,
salam diberi kanan dan kiri,
doa ditadah, keampunan dipohon pada Yang Esa,
air mata dosa mengalir deras dari pandangan mata yang penuh kemaksiatan,
turunkan redhaMu  Ya Tuhan, 
agar hati yang keras ini menjadi lembut,
pinjamkan jua kekuatan Mariam,
pinjamkan jua ketabahan Khadijah,
moga jiwa yang kosong dan lemah kembali bernafas dalam tenang,
kepadamu Ya Rabb..HAMBA INI MERINTIS...


~ suara hati ~ 

Selasa, Februari 05, 2013

Nur Malam...

Renungi malam ini rasa kesangsian
Ku kini berada di alam yang sunyi
Hanya bertemankan bintang dan bulan
Di malam kelam

Hembusan angin bayu pastikan berlalu
Seiring dosa lalu yang membelengguku
Moga semalam jadi pedoman
Dan pengajaran

Langkah kaki kananku
Menyusuri rumah suci
Bermula episod baru
Dalam ketulusan hati

Bila hati menghadap tuhan
Baru kusedar ada kelemahan
Terasa kerdil berbanding Yang Esa
Terharu, terfikir betapa agungnya Tuhan

Tuhanku, aku tidak layak masuk syurga-Mu
Namun tak berupaya menghadapi api neraka-Mu
Terima taubatku dan ampunkan dosa-dosaku

Inginku ubah cara hidupku yang lalu
Menjadi hamba yang diredhai selalu
Tiada palsu wahai tuhanku
Allah yang satu

Kuakhiri sujud dengan doa
Semoga dikabulkan hajat
Dijauhkan duka lara
Kuharap terimalah taubat

http://www.youtube.com/watch?v=JjRlQE1cTOI&noredirect=1


Memaafkan Insan Lain...

 Sejak dahulu, para ulama kita selalu berkata:
"carilah 70 alasan untuk memaafkan sikap saudaramu. 
jika hatimu tetap enggan menerimanya juga, 
maka kekerasan hatimu itu yang lebih patut dicela"

Dan dipetik dari kata-kata seorang ustaz:
" Jangan diingat apa kebaikan kita pada orang, 
tapi ingatlah apa kebaikan orang pada kita..
Jangan dilupa apa keburukan kita pada orang,
tapi lupakan keburukan orang pada kita.."

Oleh itu,walau seteruk mana jua hati kita disakiti dan dilukai,
belajar memaafkan orang tersebut dan sentiasalah berdoa agar 
diberi pertolongan oleh Allah SWT.bersujudlah pada DIA yang satu.

Doalah sesuatu yang baik, insyaallah yang baik jua akan mengiringi hidup kita.aamiin...



Isnin, Februari 04, 2013

Doa....


ADA sebuah doa yang biasa dibaca oleh Nabi SAW dan jika direnung dan dihayati secara mendalam, ternyata sangat mencakupi pelbagai permohonan.

Daripada Abu Musa al-Asyaari ra, Rasulullah berdoa:
Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, dan perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku, serta ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kemalasanku, kesengajaanku, kebodohanku, gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu, dosa yang mendatang, dosa yang aku samarkan dan dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan, Engkaulah yang mendahulukan dan Engkaulah yang mengakhirkan, serta Engkau Maha Berkuasa atas segala sesuatu. (riwayat Bukhari)

Tema di dalam doa itu adalah seorang hamba Allah SWT memohon keampunan-Nya. Sekurang-kurangnya terdapat 13 petunjuk yang diajukan hamba tersebut kepada Allah SWT. Semuanya dengan harapan dan permohonan keampunan-Nya.

PERTAMA:
Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Kesalahan dapat mencakup perintah Allah yang dilalaikan atau larangan Allah yang dilanggar.

KEDUA:
Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Manusia tidak luput daripada kebodohan. Tidak ada manusia yang memiliki pengetahuan sempurna. Kebodohan seseorang sering kali menyebabkan tingkah lakunya yang tidak terpuji, sehingga ia perlu memohon ampunan Allah SWT atas kebodohan dirinya itu.

KETIGA:
Ya Allah, ampunilah perbuatanku yang berlebihan dalam urusanku. Kadang-kala kita mengerjakan suatu perbuatan secara tidak adil atau tidak profesional. Perbuatan berlebihan tersebut mungkin menyakiti hati, bahkan menzalimi orang lain. Maka kita berharap ampunan Allah atas perbuatan berlebihan di dalam berbagai urusan.

KEEMPAT:
Ya Allah, ampunilah kesalahanku yang Engkau lebih mengetahui daripadaku. Manusia sering mengerjakan kesalahan tanpa ia menyedarinya.

Boleh jadi ia lebih mudah dilihat oleh oang lain, tetapi tidak bagi diri sendiri. Maka untuk urusan seperti itu seorang mukmin memohon ampunan Allah Yang Maha Mengetahui segala sesuatunya.

Seorang mukmin mengakui bahawa Allah SWT merupakan Zat Yang Maha Mengetahui perkara yang ghaib mahupun nyata, maka ia pun mengembalikan semua dosa yang ia sendiri tidak ketahui kepada Allah SWT.

KELIMA:
Ya Allah, ampunilah kesalahanku. Manusia boleh terlibat di dalam banyak kesalahan. Maka ia memohon kembali ampunan Allah atas kesalahannya pada hal sebelumnya dia telah melakukannya kepada Allah SWT.

KEENAM:
Ya Allah, ampunilah kemalasanku. Kemalasan dapat menjadi musuh utama yang menyebabkan seseorang menunda, bahkan melalaikan suatu kewajipan yang mesti dikerjakan.

Pengakuannya di hadapan Allah SWT bahawa dirinya kadang-kadang dilanda kemalasan yang mesti disertai dengan permohonan ampunan Allah atasnya.

KETUJUH:
Ya Allah, ampunilah kesengajaanku. Harus diakui bahawa kadang-kadang kita secara sengaja melakukan suatu kesalahan.

Entah kerana emosi atau terpengaruh lingkungan atau pelbagai alasan lain. Yang jelas, semua kesengajaan itu mestilah disusuli dengan istighfar dan permohonan keampunan-Nya.

KELAPAN:
Ya Allah, ampunilah kebodohanku. Maha Suci Allah, ternyata Rasulullah SAW sangat mengerti akan kelemahan kita yang satu ini. Manusia memang selalu kekurangan ilmu sehingga mustahil terluput daripada kebodohan. Oleh itu permohonan ampunan Allah atas kebodohan diri perlu diajukan berulang kali.

KESEMBILAN:
Ya Allah, ampunilah gelak tawaku yang semua itu ada pada diriku. Apakah ketawa itu berdosa? Tentunya tidak. Tetapi bila dilakukan secara tidak profesional atau melampaui, ia akan mendatangkan masalah. Firman Allah: Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan daripada apa yang selalu mereka kerjakan. (at-Taubah: 82)

Selain sabda Rasulullah SAW: Demi Allah, andai kamu mengetahui apa yang aku ketahui, nescaya kamu jarang tertawa dan sering menangis. (riwayat Tirmizi)

KESEPULUH:
Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang telah berlalu. Setiap orang perlu berhati-hati terhadap dosa lampau yang pernah dilakukan dahulu. Berkemungkinan dosa-dosa itu belum sempat kita menyesalinya. Maka tiba masanya untuk kita mengakui dan menginsafi di hadapan Allah SWT seterusnya memohon keampunan-Nya.

KESEBELAS:
Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang mendatang. Seorang mukmin pasti menyedari bahawa kehidupan ini bukan sekadar masa lalu dan masa kini. Ia juga meliputi perkara mendatang.

Begitu juga dengan perlakuan dosa yang dikerjakan. Ia tidak hanya terjadi di masa lalu dan masa kini semata-mata. Tetapi boleh terjadi di masa akan datang.

Oleh kerana itu, dengan penuh kejujuran kita mengharapkan keampunan Allah atas dosa yang akan datang dan cuba mengelakkannya daripada terjebak kepadanya.

KEDUA BELAS:
Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku samarkan. Seorang mukmin sangat khuatir dengan dosa yang dilakukan secara sembunyi atau berselindung. Sabda Rasulullah SAW: Sungguh aku mengetahui bahawa ada suatu kaum daripada umatku yang datang pada hari kiamat dengan membawa kebaikan sebesar gunung Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikan kebaikan itu debu yang berterbangan.

Thauban berkata: Wahai Rasulullah, sebutkanlah ciri-ciri mereka kepada kami dan jelaskanlah tentang mereka kepada kami, supaya kami tidak menjadi seperti mereka sedangkan kami tidak mengetahuinya.
Baginda bersabda: Sesungguhnya mereka adalah saudara-saudara kamu dan daripada golongan kamu, mereka solat malam sebagaimana kamu mengerjakannya tetapi mereka adalah kaum yang melakukan perbuatan yang diharamkan Allah sedang mereka berkhalwat (menyendiri). (riwayat Ibnu Majah)

KETIGA BELAS:
Ya Allah, ampunilah aku atas dosa yang aku perbuat dengan terang-terangan. Sedangkan dosa yang dikerjakan secara senyap atau tersembunyi itu kita khuatir, apa lagi dosa yang dilakukan secara terbuka. Oleh itu, keampunan daripada Allah SWT amat diharapkan.

Sungguh amat luar biasa, kesemua doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah itu adalah merupakan dosa dan kesalahan yang sering dilakukan oleh setiap daripada kita lelaki atau perempuan, sama ada secara disedari mahupun sebaliknya. Maka itu, betapa bertuah umat Islam sekiranya mereka juga berdoa sebagaimana yang didoakan oleh Baginda SAW ini.

Ahad, Februari 03, 2013

Hijrah Seorang Hamba


assalamualaikum.... Hijrah Seorang Hamba...

hari ini terdetik hati untuk mendekati seorang kenalan yg tidak pernah ditegur semasa di universiti dulu..alhamdulillah, jauh benar perubahan fizikalnya.berjubah,bertudung labuh...(sejuk mata memandang)..

ntah kenapa terasa ingin bertanya tentang hijrah tersebut..katanya,dah lama terbuka hati sejak zaman stdy dlu lagi tp takut hilang kwn..terpinga-pinga seketika dgn jwpn tersebut..rupanya,perubahan ketika ini pon sudah ada kwn2 yg mnjauhi.

tp bila dia berkata inilah ujian bila berhijrah, membuatkan saya sedar ianya bukan mudah. ranjaunya pasti ada. namun,doa saya buat dia agar dia terus istiqamah dlm perhijrahan ini dan semoga saya juga akan menuruti jejak langkahnya.


hijrah ke jalan ALLAH..insyaallah, pertolongan ALLAH itu pasti akan ada...aamiin..


dunia penerokaan baru



assalamualaikum...penerokaan baru di dunia blog..semoga yg baik sentiasa mengiringi kita semua..insyaallah...